Aku tak banyak barang yang berharga, sebab majoriti barang kepunyaan aku agak lame bagi sesetengah orang. Tapi aku tak kisah, dah biasa menjadi bahan orang lain. Janji apa yang aku nak, aku tak susahkan orang. Mahal ke murah, itu cerita lain.
Pertama sekali, Satria Neo pemberian bapa aku. Bukan sebab aku pandai belajar atau apa, cuma bapa aku minat kereta tersebut dan aku juga secara tak langsung terminat sekali. Hanya untuk memudahkan aku menjenguk famili di hometown. Jadi jangan marah tak tentu pasal bila aku balik rumah aku, sebab itu memang tanggungjawab aku sebagai anak.
Aku memang tak boleh tolerate bila orang kata aku kaya sebab ada kereta. Kamu tak tahu bagaimana susahnya orang tua aku bekerja untuk menyenangkan familinya. Dan jangan salah anggap, aku tak take advantage ke atas bapa aku.
Ikut hati kamu nak kata aku anak manja atau apa, tapi bapa mana mahu lihat anak mereka susah?
Kedua, Epiphone Les Paul Black Beauty dan efek-efek aku. Dibeli dengan duit biasiswa aku sendiri, dan aku tak minta satu sen dari orang tua dan sahabat-sahabat aku. Apatah lagi kenalan, kan? Orang marah aku guna duit biasiswa aku beli benda alah itu. Sorry beb, aku tau mana prioriti aku. Aku tak pernah kisah itu buatan China ke Segambut ke, as long aku beli daripada sumber yang halal dan aku tahu dan aku yakin yang aku tidak ditipu.
Ada orang marah aku letak dalam bilik sahaja gitar aku. Aku tak kisah, sebab yang main aku juga, bukan orang lain, kan? Bukan membazir, tapi cukuplah aku merasa puas dengan hanya bermain lagu Hallelujah nyanyian Jeff Buckley. Asalkan aku tak menyusahkan kamu kamu yang berada di luar sana.
Yang ketiga, Ipod Touch aku. Ada beberapa kawan aku rasa rugi apabila mereka membeli Ipod Touch, tapi tidak bagi aku. Aku sanggup menggunakan duit yang aku kumpul untuk ke Bandung untuk membeli Ipod ini. Sangat tinggi sentimental valuenya. Kemana-mana akan aku bawa, even ketika beristinjak, kadang kadang. Teman tidur aku yang paling setia setakat ini.
Tak tahulah malam ni ada perempuan yang sudi teman.
Cukuplah tiga barang ini menghiburkan hati aku setiap hari. Seperti yang aku katakan tadi, selagi aku rasa aku tak menyusahkan orang, aku akan buat apa sahaja tanpa menghiraukan kamu.
Tak salah menjadi ego untuk seketika, kan?
p/s: Bodoh juga tidak ke Bandung.
